Pujian harus di berikan kepada Khairul Fahmi Che Mat kerana telah berusaha dengan sedaya upaya menjaga gawang Malaysia daripada dirobek dengan jaringan yang lebih besar oleh Singapura.
Persembahan yang hambar pada separuh masa pertama membuatkan aku sebagai penonton rasa tertekan namun pada separuh masa kedua harapan berbunga kembali setelah Safie Sali menjaringkan gol pertama buat negaraku yang tercinta..tapi akhirnya...Malaysia tewas dengan agreget 6-4 setelah Singapura menjaringkan gol penyamaan.
Walau bagaimanapun aku tetap berbangga kerana Malaysia buat pertama kali telah berjaya mengharungi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.
Aku tahu, mereka telah bermain dengan bersungguh-sungguh. Kalau aku la yang berada dalam pasukan Malaysia takkan aku kecewakan Malaysia melainkan tiada rezeki....Apa-apa pun syabas dan tahniah kepada pasukan Malaysia.
No comments:
Post a Comment